Tuesday, March 16, 2021

 

ASPEK MAKNA IMBUHAN= FUNCTION WAZAN-WAZAN


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan(comment).

Dari meja pengarang, post berikutnya adalah mengenai imbuhan yang ada dalam bahasa arab. Perbahasan tajuk ini penting untuk mengenalpasti terjemahan bagi formula(وزن) yang tertentu yang sedia maklum bervariasi semuanya. Masing-masing mempunyai maksud tertentu apabila ditambah huruf. Satu perkera lagi wazan-wazan tersebut mewakili hal situasi keadaaan tertentu yang berperanan dalam memberikan makn seperti penegasan, pengulangan, tindak balas DLL...


Kali ini syabab berjaya muatkan hanya 9 bentuk wazan-wazan yang dikenalpasti penting dan sering digunakan., maka silakan mengambil manfaatnya :)


1. Bentuk  (فَعَّلَ)

  • Memberi pengertian intensif/ekstensif كَسَرَ) memecahkan > menjadi ( كَسَّر ) menghancurleburkan (berkali-kali).

  • Memberi pengertian kausatif /penyebab atau menjadikan sesuatu kenyataan. 
  • Contoh:  ( عَلِمَ ) (mengetahui) ,menjadi عَلَّمَ) mengajar atau menyebabkan seseorang mengetahui.

  •   Menukarkan kata kerja tak transitif menjadi transitif
  • Contoh: فَرِحَ ) (bergembira), menjadi  (فَرَّحَ ) menggembirakan.

  • Memberi makna pernyataan atau anggapan
  • Misal: (كَذبَ  ) (berdusta ) menjadi (كذَّب ) menganggap atau menjadikan seseorang itu pendusta.

  • Selalu juga berbentuk namaan/denominatif
  • Misal: خيمة) (khemah)  menjadi (خيَّمَ ) (memasang khemah).


2. Bentuk   (فَاعَلَ)

  •   Percubaan melakukan sesuatu kepada seseorang & menunjukkan hal timbal balik di antara kedua-dua belah pihak. 
  • Contoh: (قَتَلَه ) Dia membunuhnya, menjadi  قَاتَلَه ) Dia mencuba membunuhnya? Dia berkelahi dengannya.

  •   Menunjukkan makna hal timbal balik dan menukar objek/maf`ul bih dari tak langsung menjadi langsung
  • Misal:  كتبَ إلى الملكِ ) Dia menukis surat kepada raja itu, menjadi (   كَاتب الملكَ ) Dia menyurati raja itu ? Dia mengirimi raja itu (sepucuk / beberapa pucuk surat).

  •   Menunjukkan bahawa si pelaku menggunakan sesuatu keadaan atau sifat kp org lain & mendtgkan kesan kpnya, atau membawakan orag kedua ke dalam suasana berkenaan. 
  • Contoh: ( خَشُنَ) (dia [menjadi/adalah] kasar) menjadi (خَاشَنَه ) dia melayannya dgn kasar.
  •  
  •   Adakalanya dominatif. 
  • Contoh: ( ضِعْفٌ) ganda, menjadi ( ضَاعفَ) menggandakan; ( قبلَ) sebelum, di depan, menjadi ( قَابَلَ) mengadap atau berhadapan, atau membandingkan sesuatu dengan yang lain, atau menemuramah.



3. Bentuk    (أفعل)

         Memberi maksud kausatif / faktitif. 
Ex: (  جلس) Dia duduk, menjadi (أجلس ) menyebabkan/menjadikan seseorg duduk; أكل الخبزَ ) dia makan roti, menjadi (آكله الخبزَ ) dia memberikan roti itu agar dimakan).

          Deklaratif atau estimatif, 
Ex: أبخله ) dia menganggap/mendapatinya kedekut; أحمده ) dia mandapatinya (org/benda) patut dipuji; (أجبنه ) dia menganggap atau mendapatinya pengecut.

         BERMAKSUD DENOMINATIF. 
Ex:  (ثمرٌ ) buah, menjadi أثمرَ) berbuah; مطرٌhujan, menjadi أمطرmemberi/menghasilkan hujan; ذنبٌ) dosa, menjadi أذنبَ ) melakukan dosa.

         BEBERAPA DENOMINATIF MENUNJUKKAN MAKNA TERTENTU. Bergerak ke suatu tempat. 
Ex: قدحٌ) Kedah menajdi أقدح) pergi ke Kedah.

         Memasuki sesuatu periode dlm satu-satu jangka masa. 
Ex: (صباح ) waktu pagi, menjadi (أصبح ) melakukan sesuatu/berada pada waktu subuh.

         Menjadikan benda dalam sesuatu keadaan atau sifat/mendpt sesuatu/menjadi sesuatu. 
Ex: (قَفْرٌ ) padang/tempat luas tak terpelihara,  menjadi (أقفر ) menjadi padang.



4. Bentuk    (تَفَعَّلَ)

  MENJADI REFLEKSIF KEPADA BENTUK (فعّل). Menerangkan keadaan sesuatu objek sebagai hasil/kesan daripada tindakan dalam kata kerja bentuk (فعّل)
Ex: كَسَّرَ) memecahkan [berkeping-keping], menjadi  (تَكَسَّرَ ) menjaci pecah [berkeping-keping].

  PENGERTIAN UTK BENTUK INI TIDAKLAH REFLEKSIF SGT, KHASNYA Kata Kerja YanG MEMPENGARUHI AKUSATIF
  Ex: (تتَبَّعَ ) mengikuti [peringkat demi peringkat], (تَعَرَّفَ ) mencuba memahami

  BOLEH MENJADI PASIF DARI SEGI MAKNANYA
  Ex: (تَغَيَّرَ ) berubah

  Mengandungi makna denominatif
  Ex: (تَعَرَّبَ ) menganggap diri sebagai orang Arab, تَنَصَّرَ) menjadi seorang Nasrani/Kristian.

  Sering menunjukkan kesan
  Ex: عَلِمَ) mengetahui, عَلَّمَ) mengajar, تَعَلَّمَ) menjadi terpelajar/belajar/mempelajari.

  Menjadi kata kerja tak transitif
  Ex: (طَوَّرَ ) mengembangkan/memajukan sesuatu, menjadi (تَطَوَّرَ ) berkembang/menjadi maju.


5. Bentuk   (تَفَاعَلَ)

          Refleksif drp usaha / percubaan yg dibuat dlm kata kerja bentuk (فاعل) yg berfungsi transitif.
    Ex:  (باعدوه فتباعدوا ) mereka menjauhi/memencilkannya, maka ia pun menjauhkan diri/tersisih.

          Idea / usaha yg diungkapkan dlam kk bentuk (فاعل) mendapat tentangan/sambutan dalam kata kerja bentuk (تفاعل).
   Ex: (قاتل ) berkelahi dlm erti cuba membunuh, menjadi تقاتلوا) mereka saling berkelahi/bunuh-membunuh.

          Adakalanya ia tidak membawa pengertian timbal balik.
          Ex: تقاعَدَ) dia bersara

          Memberi maksud berpura-pura
          Ex: تمارضَ) berpura-pura sakit, (تجاهلا ) buat-buat tak tahu, تعامى) pura-pura buta.

          Mendatangkan erti berturut
          Ex: تساقطت الحجارةُ) batu jatuh/berguguran satu demi satu

          Dirujukkan khas kepada Allah S.W.T.
          Ex: تباركَ الله) Allah menjadikan Diri-Nya [menjadi dan melalui Diri-Nya] direstui/diberkati atau sempurna atas segala-galanya.


6. Bentuk    (إنفَعَلَ)

          Menunjukkan makna refleksif/pasif yg ada dalam bentuk (فعّل)
          Ex: (كَسَرَ ) memecahkan, menjadi انكسر) menjadi pecah.

          Menyatakan bahawa seseorg itu membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan ke atasnya atau suatu tindakan yang memberi kesan kepada seseorg.
          Ex: (قاد ) memimpin, menjadi انقاد) mengizinkan dirinya dipimpin.

          Refleksif kepada kata kerja bentuk (أفعل)
          Ex: (أغلق ) mengunci, menjadi انغلق) terkunci.

          Tidak pernah membawa makna timbal balik
          Ex: قطع) memotong, menjadi انقطع  terpotong/terputus atau berakhir/tamat.

          Selalunya tak transitif
          Ex: صرف) memaling [muka/pandangan], menjadi (انصرف ) berpaling, berangkat, pergi.


7. Bentuk     (افتعل)

  Refleksif dari bentuk 1
Ex: غسل) membasuh, menjadi اغتسل) membasuh seseorang/mandi.

 Menunjukkan suatu fungsi yang sejalan/selari/sejajar dengan fungsi kata kerja bentuk (تفاعل), mendatangkan makna timbal balik pula. 
Ex: ( تشاغل) menggunakan seseorang/menjadi sibuk, menjadi اشتغل) menjadi sibuk/kesibukan.

  Boleh jadi transitif dan tak transitif.
Ex: (فَرَقَ ) bentuk 1, transitif (memisahkan/sesuatu) menjadi (افترق ) tak transitif ( terpisah/berpisah-pisahan).

  Bentuk I dan bentuk (افتعل) mempunyai erti yang sama. 
Ex: خَطِفَ) membawa lari, merebut, merampas, menjadi ( اختطف) (makna yang sama).

  Boleh juga menunjukkan ragam pasif. 
Ex: (ربط ) mengikat, menjadi ( ارتبطmenjadi terikat/diikat.



8. Bentuk    (افعلّ)

         Menunjukkan warna atau kecacatan jasmani
Ex: (أصفرُ) kuning, menjadi (اصفَرَّmenjadi/berwarna kuning; (أعْوَجُ)bengkok, menjadi (اعوَجَّ ) menjadi bengkok atau berliku-liku.

         Tidak mempunyai ragam pasif.

         Kata nama terbitan bentuk ini ialah افعلال). 
Ex: ازرقاق     kebiruan.

         Boleh digunakan utk membentu perbandingan satu-satu warna atau kecacatan
Ex: (أشدُّ خضْرَةً ) atau أشدُّ اخضرارا) lebih hijau.



9. Bentuk   (استفعل)

         Mengubah makna faktitif dlm bentuk I, lalu menjadi refleksif yg disertai harapan. 
Ex: أخبَرَ) memberi khabar, menjadi استخبرَ) ) mohon/menjadi diketahui.

         Memberi erti permohonan atau permintaan dlm kata kerja itu. 
Ex; حضَرَ) bentuk I – hadir, datang, menjadi استحضرَ) meminta seseorang datang.

         Menunjukkan makna kausatif. 
Ex: خرج) bentuk I – keluar, menjadi استخرجَ) meminta/menyuruh keluar atau mengeluarkan; mengusir.

         Menjadi denominatif dan dlm hal ini menggabungkan makna refleksif dan faktitif. 
Ex: (خليفة ) khalifah, menjadi استخلفَ) melantik seseorang sebagai pengganti/khalifah.

         Kaya dalam perluasan makna yang pelbagai daripada akar kata yg tidak dpt dikelompokkan. 
Ex; عَمِلَ) bentuk I – berbuat; melakukan sesuatu, menjadi استعملَmenggunakan.