Sunday, September 16, 2012

Refleksi Guru

Hari Guru  : Sebuah Refleksi..


Hari Guru 2011 sudah 3 hari berlalu. Namun senario di sekolah sejak akhir-akhir ni banyak membuatkan aku berfikir : apakah niat dalam hati seorang guru setiap hari sebelum pergi ke sekolah?

Guru bukanlah seorang pekerja kerajaan semata2. Memang kita makan gaji, tapi kita sebenarnya ada amanah yg jauh lebih besar lagi.

Guru bukan setakat pengajar...
Guru adalah pendidik.
Guru adalah pendakwah.
Guru adalah model.
Guru adalah muaddib.
Guru adalah murabbi.

Lalu, kalaulah setiap hari kita memarahi pelajar, mengherdik pelajar, memaki pelajar, memberi bermacam2 label kepada pelajar... kemudian... masuk bilik guru kita kongsi pulak cerita dengan guru2 lain tentang keburukan dan kenakalan pelajar itu, kemudian sama2 mentertawakannya... guru kategori apakah kita ini?

Tak cukup dengan itu, kita sindir pelajar di hadapan kawan2 sekelasnya, panggil namanya, mempermainkan pertanyannya dan memalukannya ketika kebetulan pelajar itu memasuki bilik guru, ya Allah... guru bangsa apakah kita ini?

Betul... pelajar itu memang bermasalah, pelajarannya lemah, perangainya buruk, keluarganya porak peranda, pemahaman agamanya cetek.. tapi.. bukankah itu tugas hakiki kita sebenarnya?

Tugas kita adalah untuk memanusiakan manusia. Kita usahakan membentuk pelajar yang serba-serbi hancur itu menjadi manusia yang sekurang-kurangnya bermanfaat kepada dirinya dan tahu dia ada Allah yang memerhatikan dan menjaganya.. Cukuplah tara tu pun paling minima!

Kalau kebencian yang kita beri kepada pelajar, adakah kita harapkan dia akan berikan kita kasih sayang? Tak mungkin...

Oleh itu, saya berdoa supaya Allah jadikan kita insan guru yang memandang anak-anak didik kita tu macam anak kita sendiri. Kalau marah pun, marah sayang.. kalau denda pun, denda sayang... bukan memandang pelajar bermasalah dengan muka penuh benci, jelek dan meluat !

Guru juga sebenarnya pendakwah. Kalau da'ie (pendakwah) mencemuh mad'u (sasaran dakwah)nya, habislah...

Kalaulah para pendakwah Islam dulu mengeluh nak sampai ke Tanah Melayu, apa la jadi dengan kita sekarang agaknya ye..

Anak-anak kita masih kecil. Suatu hari nanti kita akan mengharapkan agar anak-anak kita dididik oleh guru-gurunya dengan didikan yang terbaik. Kita harapkan agar guru-guru anak2 kita akan mengajar anak2 kita dengan penuh kasih sayang. Kalau kita berharap begitu, bukankah ibu bapa pelajar2 kita juga mengharapkan benda yang sama?
Adilkah kita selama ini?

Coretan ini adalah muhasabah diri @ refleksi saya sebagai seorang pendidik. Mudah-mudahan Allah akan menilai usaha kita selama ini sebagai ibadah yang diterima di sisiNya. Ameen.

Akal

Kita Bukan Hamba Akal



“ Mengapa islam mengharamkan arak?”
“ Mengapa menutup aurat adalah wajib?”
“ Mengapa Nabi Muhammad berkahwin hingga 9 orang?”
“ Mengapa Allah menjadikan syurga dan neraka?
“ Mengapakah Allah mentakdirkan seseorang itu menjadi kafir?”
“ Mengapa Allah menjadikan babi walhal dia mengharamkannya?”
Mengapa dan terus mengapa.. Itu belum masuk bagaimana..
Jika akal diberikan peranan seluas-luasnya untuk terus bertanya, inilah yang jadinya..
Tidak dinafikan kedudukan manusia begitu istimewa berbanding yang lain kerana Allah mengurniakannya 1.4 kg otak yang tersirat padanya kebijaksanaan. Dengannya, manusia menundukkan haiwan yang lebih besar daripadanya. Memintas haiwan yang lebih laju daripadanya dan terbang daripada haiwan yang lagi tinggi daripadanya.
Walaubagaimanapun, seperti anggota badan lain, akal masih tetap salah satu daripadanya. Ia tetap makhluk yang diciptakan oleh Allah..
Penciptanya jau lebih tahu, lebih hebat daripada ciptaannya.

Manusia dan Akal
Bangsa Yunani terkenal dengan ilmu mantiq. Ilmu ini pada asalnya berperanan membetulkan cara manusia berfikir. Namun, akhirnya menjadikan akal menentukan apa yang betul. Akhirnya apabila akal berkata Tuhan itu tidak wujud, maka Tuhan tidak wujud!
Begitu juga apa yang berlaku kepada salah satu aliran dalam islam, Muktazilah. Mazhab ini terkesan dengan terjemahan ilmu mantiq daripada Yunani. Pada asalnya menggunakan ilmu tersebut untuk menentang kembali hujjah mereka yang ingkar kepada Tuhan akhirnya memakan diri.
Manhaj akal yang tidak dikawal menyebabkan kerosakan dalam pemikiran agama. Akhirnya muktazilah turut menjadikan akal sebagai penentu kebenaran. Al-Quran dan As-sunnah perlu tunduk mengikut tafsiran akal.
Mazhab ini sudah pupus, namun masih ada manusia moden ini ingin menghidupkannya kembali.

Akal itu untuk Memahami.
Bukan menafikan peranan akal, bahkan saya sendiri mendapat kesedaran mendalami agama juga disebabkan akal. Sepanjang beberapa tahun belajar agama di sekolah dalam keadaan lesu, akhirnya saya mendapat suntikan hanya dengan mencari 2 jawapan bagi soalan berikut:-
1. Apakah bukti islam itu agama yang benar?
2. Apakah bukti Al-Quran itu daripada Tuhan?
Menakjubkan, daripada seorang pelajar agama yang malas dan bermasalah, kini sudah diperingkat ini. Masih ingat di saat itu,saya  memilih pengkhususan perbandingan agama. Bidang ini sangat kritis terutamanya dalam mendedahkan kesilapan agama-agama lain.
Di samping itu juga,bidang ini kaya dengan ramai sarjana-sarjana islam yang sentisa hebat menjawab soalan-soalan dan keraguan yang ditimbulkan oleh mereka yang berada di luar islam. Antaranya Dr Zakir Naik dalam buku 20 most question about islam.
Saya sedari method akal sangat penting adalah memahami kebenaran islam.
Di saat itu, setiap waktu saya cuba mengumpulkan soalan-soalan dan keraguan yang ditimbulkan terhadap islam samada daripada orang bukan islam dan ummat islam sendiri. Semua itu saya rangkumkan dalam buku Kembara Mencari Tuhan.
Lama kelamaan, saya dapati melayan soalan-soalan sedemikian bukanlah satu penyelesaian. Jika kita dapat selesaikan satu soalan, akan lahir 1001 yang lain. Ini kerana orang yang bertanya itu adalah hamba kepada akalnya.
Artikel Ustaz Hasrizal menarik mengupas tentang hal ini.
Cuma, apa yang ingin saya sebut, jika diperhatikan dalam Al-Quran, Allah tidak pernah menyebut perkataan العقل akal di dalamnya.
Bahkan semuanya didatangkan dalam bentuk perbuatan seperti يعقل، يعقلون berakal.
Ini menunjukkan akal perlu bekerja.. bukannya menjadi raja.. akal itu dipergunakan.. bukannya mempergunakan tuannya..
Berfikir supaya faham..
Seperti kata-kata Penyelia thesis saya, Dr Mohammad Hammad
“ Bukan semua soalan perlu dilayan, akal dalam islam adalah sebagai method memahami bukan method meragukan”
Gunakan akal untuk berfikir.. berfikir pula mestilah memerhatikan sekeliling..
Jauh lebih penting mestilah disertakan dengan iman.
Sebelum menutup artikel ini, saya ingin kongsikan kata-kata Prof Dr Abdullah Badarnah
“ Orang beriman itu percaya dengan apa yang dilihat dan apa yang tidak dilihat”
Kita bukan hamba Akal…

Mati satu peringatan untuk yang hidup

Seperti Hadith Nabi s.a.w.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ ، فَقَالَ: مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ
قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟
قَالَ : الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلَادُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ ].
رواه البخاري ومسلم
Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Kematian : Peringatan untuk Yang Hidup.
Apa yang membezakan erti sebuah kematian bagi muslim berbanding bukan muslim, ia adalah satu peringatan buat yang hidup..
Ada yang menangis.. Ada yang sebak..
Namun, tangisan dan sebak itu tidak lebih sekadar mengimbau kembali kenangan bersama si mati..
Hakikatnya, kematian adalah satu peringatan agar kita yang hidup lebih bertaqwa dan bersedia..
Tatkala si mati menghembuskan nafas yang terakhir, ia adalah satu peringatan berakhirlah peluang mencari bekalan akhirat di dunia ini. Tertutup juga pintu taubat..
Tatkala si mati dikafankan, ia adalah peringatan setekun mana usaha kita mencari kekayaan di dunia ini, akhirnya apabila mati hanya dibaluti dengan beberapa helai kain putih.. Kaya dan miskin sama sahaja..
Tatkala si mati dimasukkan ke liang lahad yang gelap dan sempit itu, ia adalah peringatan seramai manapun keluarga yang menyayangi kita, akhirnya bersendirian jua.
Buat yang hidup.. kematian adalah noktah dalam usaha menjadi hamba Allah yang diredhainya. Namun, ia bukanlah noktah kepada KEHIDUPAN..
Ada kehidupan selepasnya..
Maka, manfaatkanlah waktu hidup ini dengan:-
1. Mencari bekalan di dunia ini dengan melakukan seluruh kewajipan, ibadat dan perkara kebaikan yang diperintahkan oleh Allah..
2.  Cari juga amalan-amalan yang jika mati, pahalanya masih berterusan datang kepada kita seperti hadith nabi s.a.w:-
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
  Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : SEDEKAH atau ILMU yang bermanfaat atau anak soleh yang berDOA untuknya.

Sedekah..Ilmu..Didik anak agar menjadi soleh..

3 comments:

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA.

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan…maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,”Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.

5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.

7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

( from Wanita Solehah Itu,Bidadari Syurga)