Sunday, September 16, 2012

Mati satu peringatan untuk yang hidup

Seperti Hadith Nabi s.a.w.

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مُرَّ عَلَيْهِ بِجِنَازَةٍ ، فَقَالَ: مُسْتَرِيحٌ وَمُسْتَرَاحٌ مِنْهُ
قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الْمُسْتَرِيحُ وَالْمُسْتَرَاحُ مِنْهُ؟
قَالَ : الْعَبْدُ الْمُؤْمِنُ يَسْتَرِيحُ مِنْ نَصَبِ الدُّنْيَا وَأَذَاهَا إِلَى رَحْمَةِ اللَّهِ ، وَالْعَبْدُ الْفَاجِرُ يَسْتَرِيحُ مِنْهُ الْعِبَادُ وَالْبِلَادُ وَالشَّجَرُ وَالدَّوَابُّ ].
رواه البخاري ومسلم
Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA. Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab: Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah. Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya! [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Kematian : Peringatan untuk Yang Hidup.
Apa yang membezakan erti sebuah kematian bagi muslim berbanding bukan muslim, ia adalah satu peringatan buat yang hidup..
Ada yang menangis.. Ada yang sebak..
Namun, tangisan dan sebak itu tidak lebih sekadar mengimbau kembali kenangan bersama si mati..
Hakikatnya, kematian adalah satu peringatan agar kita yang hidup lebih bertaqwa dan bersedia..
Tatkala si mati menghembuskan nafas yang terakhir, ia adalah satu peringatan berakhirlah peluang mencari bekalan akhirat di dunia ini. Tertutup juga pintu taubat..
Tatkala si mati dikafankan, ia adalah peringatan setekun mana usaha kita mencari kekayaan di dunia ini, akhirnya apabila mati hanya dibaluti dengan beberapa helai kain putih.. Kaya dan miskin sama sahaja..
Tatkala si mati dimasukkan ke liang lahad yang gelap dan sempit itu, ia adalah peringatan seramai manapun keluarga yang menyayangi kita, akhirnya bersendirian jua.
Buat yang hidup.. kematian adalah noktah dalam usaha menjadi hamba Allah yang diredhainya. Namun, ia bukanlah noktah kepada KEHIDUPAN..
Ada kehidupan selepasnya..
Maka, manfaatkanlah waktu hidup ini dengan:-
1. Mencari bekalan di dunia ini dengan melakukan seluruh kewajipan, ibadat dan perkara kebaikan yang diperintahkan oleh Allah..
2.  Cari juga amalan-amalan yang jika mati, pahalanya masih berterusan datang kepada kita seperti hadith nabi s.a.w:-
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
  Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara : SEDEKAH atau ILMU yang bermanfaat atau anak soleh yang berDOA untuknya.

Sedekah..Ilmu..Didik anak agar menjadi soleh..

3 comments:

No comments:

Post a Comment