Sunday, September 16, 2012

Akal

Kita Bukan Hamba Akal



“ Mengapa islam mengharamkan arak?”
“ Mengapa menutup aurat adalah wajib?”
“ Mengapa Nabi Muhammad berkahwin hingga 9 orang?”
“ Mengapa Allah menjadikan syurga dan neraka?
“ Mengapakah Allah mentakdirkan seseorang itu menjadi kafir?”
“ Mengapa Allah menjadikan babi walhal dia mengharamkannya?”
Mengapa dan terus mengapa.. Itu belum masuk bagaimana..
Jika akal diberikan peranan seluas-luasnya untuk terus bertanya, inilah yang jadinya..
Tidak dinafikan kedudukan manusia begitu istimewa berbanding yang lain kerana Allah mengurniakannya 1.4 kg otak yang tersirat padanya kebijaksanaan. Dengannya, manusia menundukkan haiwan yang lebih besar daripadanya. Memintas haiwan yang lebih laju daripadanya dan terbang daripada haiwan yang lagi tinggi daripadanya.
Walaubagaimanapun, seperti anggota badan lain, akal masih tetap salah satu daripadanya. Ia tetap makhluk yang diciptakan oleh Allah..
Penciptanya jau lebih tahu, lebih hebat daripada ciptaannya.

Manusia dan Akal
Bangsa Yunani terkenal dengan ilmu mantiq. Ilmu ini pada asalnya berperanan membetulkan cara manusia berfikir. Namun, akhirnya menjadikan akal menentukan apa yang betul. Akhirnya apabila akal berkata Tuhan itu tidak wujud, maka Tuhan tidak wujud!
Begitu juga apa yang berlaku kepada salah satu aliran dalam islam, Muktazilah. Mazhab ini terkesan dengan terjemahan ilmu mantiq daripada Yunani. Pada asalnya menggunakan ilmu tersebut untuk menentang kembali hujjah mereka yang ingkar kepada Tuhan akhirnya memakan diri.
Manhaj akal yang tidak dikawal menyebabkan kerosakan dalam pemikiran agama. Akhirnya muktazilah turut menjadikan akal sebagai penentu kebenaran. Al-Quran dan As-sunnah perlu tunduk mengikut tafsiran akal.
Mazhab ini sudah pupus, namun masih ada manusia moden ini ingin menghidupkannya kembali.

Akal itu untuk Memahami.
Bukan menafikan peranan akal, bahkan saya sendiri mendapat kesedaran mendalami agama juga disebabkan akal. Sepanjang beberapa tahun belajar agama di sekolah dalam keadaan lesu, akhirnya saya mendapat suntikan hanya dengan mencari 2 jawapan bagi soalan berikut:-
1. Apakah bukti islam itu agama yang benar?
2. Apakah bukti Al-Quran itu daripada Tuhan?
Menakjubkan, daripada seorang pelajar agama yang malas dan bermasalah, kini sudah diperingkat ini. Masih ingat di saat itu,saya  memilih pengkhususan perbandingan agama. Bidang ini sangat kritis terutamanya dalam mendedahkan kesilapan agama-agama lain.
Di samping itu juga,bidang ini kaya dengan ramai sarjana-sarjana islam yang sentisa hebat menjawab soalan-soalan dan keraguan yang ditimbulkan oleh mereka yang berada di luar islam. Antaranya Dr Zakir Naik dalam buku 20 most question about islam.
Saya sedari method akal sangat penting adalah memahami kebenaran islam.
Di saat itu, setiap waktu saya cuba mengumpulkan soalan-soalan dan keraguan yang ditimbulkan terhadap islam samada daripada orang bukan islam dan ummat islam sendiri. Semua itu saya rangkumkan dalam buku Kembara Mencari Tuhan.
Lama kelamaan, saya dapati melayan soalan-soalan sedemikian bukanlah satu penyelesaian. Jika kita dapat selesaikan satu soalan, akan lahir 1001 yang lain. Ini kerana orang yang bertanya itu adalah hamba kepada akalnya.
Artikel Ustaz Hasrizal menarik mengupas tentang hal ini.
Cuma, apa yang ingin saya sebut, jika diperhatikan dalam Al-Quran, Allah tidak pernah menyebut perkataan العقل akal di dalamnya.
Bahkan semuanya didatangkan dalam bentuk perbuatan seperti يعقل، يعقلون berakal.
Ini menunjukkan akal perlu bekerja.. bukannya menjadi raja.. akal itu dipergunakan.. bukannya mempergunakan tuannya..
Berfikir supaya faham..
Seperti kata-kata Penyelia thesis saya, Dr Mohammad Hammad
“ Bukan semua soalan perlu dilayan, akal dalam islam adalah sebagai method memahami bukan method meragukan”
Gunakan akal untuk berfikir.. berfikir pula mestilah memerhatikan sekeliling..
Jauh lebih penting mestilah disertakan dengan iman.
Sebelum menutup artikel ini, saya ingin kongsikan kata-kata Prof Dr Abdullah Badarnah
“ Orang beriman itu percaya dengan apa yang dilihat dan apa yang tidak dilihat”
Kita bukan hamba Akal…

No comments:

Post a Comment